Raisul Muhaddisin 'Allamah Maulana Muhammad Zakariya, Shaikh al-Hadith Universiti Mazahir Ulum, Saharanpur (India) menulis dalam bukunya berjudul Fadhilat Solat, bahawa orang yang melengah-lengahkan solat, dia akan menerima empat belas jenis azab, iaitu.
(1) Lima azab di dunia :
i) Tidak mendapat rahmat dalam kehidupannya.
ii) Kelhilangan nur (cahaya) di wajahnya.
iii) Tidak mendapat pahala bagi amalan-amalannya yang baik.
iv) Doa-doanya tidak dimakbulkan oleh Allah.
v) Tidak mendapat bahagian daripada doa-doa orang yang soleh.
(2) Tiga macam azab pada masa hendak meninggal dunia :
i) Mati dengan keadaan aib
ii) Dalam keadaan lapar.
iii) Dalam keadaan haus yang bersangatan.
(3) Tiga azab di dalam kubur :
i) Dihimpit oleh kuburnya hingga tulang-tulang rusuknya berceragah.
ii) Dibakar dengan api di dalam kuburnya - diguling-gulingkan dirinya di atas bara api siang dan malam.
iii) Ular yang berbisa dengan mata berapi dan berkuku besi yang panjangnya sama dengan perjalanan sehari, dilepaskan keatas dirinya. Ular itu bertempik, seperti bunyi guruh, " Tuhanku telah perintahkan aku supaya memukul kamu hingga terbit matahari kerana kamu melengah-lengahkan solat Subuh hingga Zohor, kerana melengah-lengahkan solat Zohor hingga matahari masuk di ufuk, kerana melengah-lengahkan solat Asar hingga Maghrib, kerana melengah-lengahkan solat Maghrib hingga Isya', kerana melengah-lengahkan solat Isya' hingga Subuh." Ular itu terus memukulnya hingga sampai hari kiamat. Setiap pukulannya membenamkan hingga 70 hasta.
(4) Tiga azab selepas dibangkitkan :
i) Dihisab dengan serius.
ii) Kemurkaan Allah.
iii) Di campak ke dalam api neraka.
Dalam peristiwa Israk, Nabi SAW melihat satu kumpulan orang yang tegap dan sihat, tiba-tiba masing-masing mengangkat batu besar dihempapkan ke kepalanya. Kepala pun hancur. Kemudian kepala itu pulih seperti sediakala lalu mereka mengangkat semula batu dan dihempapkan ketas kepala mereka....Demikian berlaku berulang kali. Nabi SAW bertanya kepada Jibril, "Siapakah mereka itu, wahai Jibril" Jibril berkata "Mereka itu ialah antara umatmu yang melalaikan solat lima waktu"
No comments:
Post a Comment