Kanak-kanak adalah insan yang ibarat kain putih yang suci bebas daridapa ikatan dengan dosa-dosa, mereka merupakan anugerah teramat istimewa daripada Allah yang diberikan kepada pasangan suami dan isteri. Adanya mereka maka dapatlah sesuatu rumah tersebut berhibur dengan senyuman, hilaian ketawa dan tangisan manja di dalam rumah yang amat memerlukan kasih sayang yang secukupnya daripada ibu bapa. Namun kini sering kali kita mendengar banyak kes-kes penderaan terhadap tehadap kanak-kanak yang terlalu menghayat hati di kaca televisyen dan dada-dada akhbar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, lebih malang lagi penderaan ini dilakukan oleh ibu bapa mereka sendiri.
Kita sebagai manusia yang menjadi khalifah di muka bumi Allah swt ini marilah kita bersama-sama membasmi akan hal ini agar tidak terus membelenggu di dalam masyarakat sekeliling kita. Pihak Unicef sedang melancarkan kempen Raise Your Hand, Stop Child Abuse Now! untuk mendapat sokongan daripada anda untuk menghentikan masalah penderaan kanak-kanak ini, anda boleh klik gambar di atas atau link yang diberikan bagi mendaftar untuk menunjukkan sokongan anda terhadap kempen ini.
Penderaan kanak-kanak terbahagi kepada dua iaitu penderaan fizikal dan penderaan emosi, pendraan fizikal adalah melibatkan anggota badan kanak-kanak tersebut manakala penderaan emosi adalah berkaitan dengan pemikiran kanak-kanak tersbut dan kebiasaannnya penderaan emosi adalah berpunca daripada penderaan fizikal.
ANTARA JENIS PENDERAAN YANG PERLU KITA HENTIKAN !!!!!
Penderaan terhadap kanak-kanak yang sering kali kita dengar ialah penderaan dari segi seksual, amat menyedihkan apabila kanak-kanak yang masih kecil ini dijadikan sebagai tempat melepas hawa nafsu kepada insan-insan yang tidak bertanggungjawab ini, bayangkan penderitaan kanak-kanak ini, ini secara tidak langsung dapat menyeksa emosi kanak-kanak itu.
Selain itu juga penderaan dari segi fizikal melibatkan penderaan terhadap anggota badan, kebiasaannya kes ini berpunca dari dalam rumah, kanak-kanak menjadi mangsa untuk ibu bapa melpaskan nafsu amarah mereka terhadap anak-anak mereka hanya kerana mereka mlakukan kesalahan-kesalahan kecil, amat menyedihkan lagi apabila ada yang sanggup mendera anak mereka sehingga anak mereka meninggal dunia, apakah mereka tidak mempunyai perasaan sehingga sanggup melakukan perkara tersebut. Juga penderaan yang dilakukan oleh pembantu rumah terhadap majikan anak-anak mereka sebagai tempat untuk melepaskan nafsu amarah mereka.
Berikut terdapat satu video yang ingin saya kongsi bersama denga para pembaca akan seorang pembantu rumah yang menyiksa anak majikan beliau melalui penderaan fizikal dengan begitu kejam sekali.
Pada hari ini juga sering kali kita melihat kanak-kanak diperalatkan untuk kepentingan terhadap mereka yang gilakan kekayaan dunia, apabila mereka sanggup menyuruh kanak-kanak ini bekerja sebagai pengutip sedekah di kawasan jalanan untuk memperoleh wang yang dikaut untung oleh tuan mereka yang tidak berperikemaanusiaan, kanak-kanak tidak boleh diperalatkan sebegitu, itu bukan tanggungjawab mereka, lebih malang lagi ada dikalangan kanak-kanak dicacatkan anggota badan mereka untuk mereka mendapat rasa simpati orang ramai bagi mendapat jumlah dapatan yang banyak.
Marilah kita bersama-sama membasmi penderaan terhadap kanak-kanak, bagi menjamin kesejahteraan hidup yang aman, gembirakan mereka, kerana mereka adalah insan yang istimewa dan amat berharga kepada kita.
No comments:
Post a Comment