Penjelasan terhadap solat yang perlu diqadha’ bagi perempuan yang didatangi haid:
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib kira-kira sempat dia solat Asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha’ solat Zohor dan Asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isyak sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha’ solat Maghrib dan Isyak.
"Dan hal ini (qadha’ solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam"
(Imam al-Ghazali)
Tak faham??
1. Kenapa perlu diqadha’ solat Asar dan Zohor??
-Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat Asar (selepas mandi hadas).
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha’ sama??
-Kerana didalam hukum menjamak (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijamak dan diqasarkan bersama solat Zohor.
-Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada’ solat Zohor.
Salam...
ReplyDeleteSinggah pagi ..dengan membawa post terbaru di blog su manje...
Bagi su...perlu lah....
solat otu TIANG AGAMA..
tak kira samaada kita sihat atau pun sakit....
Begitu mudah untuk kita mengerjakan solat...dengan ilmu yg cukup...DAN...janganlah kita memudahkan dan meringankan atas kemudahan yg diberikan...Kerana seringan ringan perkara di dunia ini adalah meninggalkan SOLAT.....
Oh ya...!!! su ade buat blog baru kalau ada kelapangan
jemputlah singgah kiranya..
thanks
From...
~~~SuManje....~~~
http://poemsumanje.blogspot.com/
nak share..... please..
ReplyDelete:)