Sekadar gambar hiasan
Maka ditanya oleh Nabi SAW: "Mengapa aku melihat kau barubah muka"
Jawabnya:"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan nyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa Neraka Jahannam itu benar, dan siksaan kubur itu benar, dan seksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.
Lalu Nabi SAW bersabda: "Ya Jibrail jelaskan kepadaku sifat Jahannam."
Jawabnya. "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yang mengutus kau engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panasnya.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu , tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang lelaki dan perempuan.
Nabi SAW bertanya: "Apakah pintu-pintunya seperti pintu-pintu rumah kami?"
Jawabnya: "Tidak, tetapi ianya selalu terbuka setengahnya di bawah dari lain-lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70 000 tahun, pintu lebih panas dari setiap yang lain 70 kali gandi" ( lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah SAW: "Siapakah penduduknya di setiap pintu itu?"
Jawab Jibrail a.s: "Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s serta keluarga Firaun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua, tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim.
Pintu ketiga, tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu keempat, tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha.
Pintu kelima, orang yahudi bernama Huthomah
Pintu keenam, tempat orang nasara bernama Saeir."
Kemudian Jibrail a.s diam segan pada Rasulullah SAW sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ketujuh?"
Jawabnya: " Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat."
Maka Nabi SAW jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail a.s meletakkan kepala Nabi SAW di pangkuannnya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi SAW bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang daripada umatku yang akan masuk kedalam neraka?"
Jawabnya : "Ya , iaitu orang yang berdosa besar dari umatmu."
Kemudian Nabi SAW menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi SAW masuk kedalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk solat kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila solat, Baginda selalu menangis dan memohon kepada Allah SWT.
Dari Hadis Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tidak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari KU. Tahukah kamu bahawa neraka Jahannam-Ku itu :
1 Neraka Jahannam itu mempunyai tujuh tingkat.
2. Setiap tingkat mempunyai 70 000 daerah.
3. Setiap daerah mempunyai 70 000 kampung.
4. Setiap kampung mempunyai 70 000 rumah.
5. Setiap rumah mempunyai 70 000 bilik.
6. Setiap bilik mempunyai 70 000 kotak.
7. Setiap kotak mempunyai 70 000 batang pokok zarqum.
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70 000 ekor ular.
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjangnya 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70 000 rantai.
11. Setiap rantai diseret oleh 70 000 malaikat.
Firman Allah SWT yang bermaksud " Sesungguhnya orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkan kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh sekalian makhluk."
( Surah al-Baqarah :159)
Berikut adalah nama-nama Syurga dan Neraka untuk pengetahun kita bersama.
Nama-nama Syurga:
1. Firdaus
2. Syurga 'Adn
3. Syurga Na'iim
4. Syurga Ma'wa
5. Syurga Darussalaam
6. Daaruk Muaqaamah
7. Al-Muqqamul Amin
Nama-nama Neraka:
1. Neraka Jahannam
2. Neraka Jahiim
3. Neraka Hawiyah
4. Neraka Wail
5. Neraka Sa'iir
6.Neraka Ladhaa
7.Neraka Saqar
8.Neraka Huthomah
No comments:
Post a Comment