Followers

Thursday, June 24, 2010

RAHSIA: Wajah & Hati Yang Cantik

sekadar gambar hiasan

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah sekurang-kurangnya 5 kali sehari dengan air wudhu.Jangan langsung dikeringkan, biarkan air di wajahmenitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir, dan berdoa.

Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ''olahraga'' . Yakni Cukup dengan memperbanyakkan solat.Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlakku) (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

4· Untuk memiliki bibir yang cantik, bisikkan kalimah-kalimah Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5· Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6· Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

2 comments:

  1. salam perkenalan..jumpa kat innit td.. :)

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan juga, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya =)

    ReplyDelete